Tuesday, July 5, 2011

1 July 2011 - My 29th BUFDAY;)

Happy Belated Bufday my dear Lisa Aina...haaa..29 years old!!Oh no...next year is 30...dun worry lisa..it is only a number...yang penting kita masih hidup di muka bumi Allah ni..Dan yang penting setiap kenaikan umur itu perlulah seiring dgn pengalaman yg telah dilalui selama 29 tahun ini...

For my hubby, family members & frens..thanks coz wish me happy bufday walaupun skarang ni dah xde tima hadiah dari sapa2..huhu..very the sad..tapi itu x bermakna i tak happy...hadiah yg bermakna bagi saya adalah kehidupan yg Allah masih berikan kpd saya utk menikmati segala kenikmatan di dunia ni..Life is so wonderful!!

Terlalu banyak kenangan selama kehidupan 29 tahun ni..Ada yg masih diingati dan ada yg sudah luput dlm ingatan..Perbezaan antara Lisa dahulu dan Lisa skarang hanyalah dari segi tanggungjawab yg semakin hari semakin memerlukan perhatian yg lebih!!Tanggungjawab kpd Allah,tanggunjawab kpd suami,tanggungjawab kpd ibubapa,tanggungjawab kpd anak,tanggungjawab kpd pekerjaan dan tanggungjawab kpd alam sekeliling..Bila terkenangkan kembali waktu ditanggung oleh mak abah dulu..barulah saya memahami susah senang mereka membesarkan kami..Setiap apa yg dihajati pastinya akan diperolehi tanpa memikirkan susah senang mak dan abah...Skarang segalanya perlu diusahakan utk mendapatkan kehidupan yg baik..Apa2 pun,saya amat bersyukur krn telah dididik dgn baik dan mampu mendaki tangga kejayaan dlm hidup..Semuanya adalah berkat acuan mak dan abah;)

Dlm umur mencapai 30 tahun ini,segala cabaran akan bermula..Perjalanan masa amat pantas dan kesibukan harian membatas segala aktiviti...Apa2 pun,saya akan cuba utk menggalas segala tanggungjawab dan menjadi insan yg mulia di sisi Allah..Kebahagian yg dikecapi akan terpadam sekiranya kita lalai kepada perintahnya...Semoga dugaan2 yang mendatang dapat dijadikan peringatan kpd saya dan dapat mengingatkan saya kepada kebesaran Illahi...

Semoga saya masih di sini pada 1 Julai 2012 dengan kejayaan hidup yang dirahmati Allah;)

Tuesday, June 7, 2011

HONEYSTAR KE BANDUNG;)
























19.5.2011...Aku dan hubby berangkat ke Bandung,Indonesia..Setelah menghadapi dugaan,akhirnya hubby ku buat keputusan memilih berangkat ke bandung..hehehe..sorry le encik suami kalo i ingatkan u this matter..apa2 pun i doakan u murah rezeki,maybe rezeki itu di lain masa;)
Kami ke sana without Cik Balqish..sorry la syg,ibu & abah nak "honeystar" seketika..hehehe..
Dengan menaiki belon MAS...kami sampai di Bandung dlm masa 2 jam..Setibanya di sana,matlamat kami adalah = SOPING..hahaha..bnyk ke duit cik non nk soping sakan..hahaha..idak la bnyk tp berjuta jugak la..hehehe...
Di sana, Encik suami la yg paling happy sbb dia bnyk soping..saya?happy tu mmg la happy sbb dpt jalan ke negara org tp yg sedeynya brg2 kat sana bila di convertkan agak sama la dgn price malaysia..Apa-apa pon,dpt la jugak aku bli kain ela,telekung,t-shirt,hand bag,key chain,baju Cik Balqish dan kek lapis..Itu je la yg dapek dibeli memandangkan masa amatlah terhad..
Di sana, kami disajikan dgn makanan padang,minang dan sunda..Overall makanan ni ok tp aku amatlah rindu makanan malaysia..huhuhu..
Oleh krn,aku juga dah biasa dgn masyarakat indonesia di negara kita..aku rasa tiada perbezaan sgt dgn negara kita cuma tutur kata dan cara hidup sahaja ada sedikit perbezaan..Apa-apa pun,Indonesia is also a gud country for us to visit;)
Disini..aku kongsikan detik2 "HOONEYSTAR" aku dan hubby..hehehe

Tuesday, April 12, 2011

Rumah OoO Rumah!

Entry aku kali ini is about Rumah..Apesal pulak pasal rumah?Ha..sebab..aku sgt happy sbb aku dan encik suami dalam proses utk memiliki sebuah rumah sendiri...yehooo!!
Alhamdulilah,kali ini kami rasa rezeki kami mencukupi utk memiliki sebuah rumah sendiri.Setelah memikirkan untung rugi membayar sewa kpd tuan rumah dan akhirnya kami tidak akan memiliki apa2 pun,maka majlis raja2 bersetuju utk membeli rumah yg akhirnya akan jadi milik kami..
Rumah yg dibeli di kawasan Sg Buloh walaupun ramai bijak pandai mengatakan kawasannya agak jauh dari kl tetapi kami memiliki perception tersendiri;)

Kenapa kami nak beli RUMAH ini:-
  1. Rumah ini 2 tingkat..hehe..abis la den kna kemas atas bwh!!
  2. Sg Buloh - Dekat nak balik perak..hehehe
  3. Reka bentuk menarik dan telah direnovate dgn cantik;)
  4. Kitchen kabinet dah siap ade,x perlu keluar duit lagi...
  5. Kalo rumah teres,boleh la nnt balqish main beskal kat kawasan umah;)
  6. Bole la encik suami basuh keta sindri..jimat sket..
  7. Makanan kawasan ni still murah lagik..hehe
  8. Beberapa tahun lagi ada MRT..market value of the house will increase..wah,still thingking about profit..kekekeke
  9. Ada kawasan bole aku tanam bunga..reti ke aku nak tanam bunga nih..hehe
  10. Kawasannya aman damai

Apa yg tak best kalo dok umah baru:
  1. Swimmping pool kat apartment skang nih..huhu
  2. Semua tpt hang out kat KL..forsure kalo da dok Sg Buloh jarang-jarang la jln KL..huhuhu
  3. Sedara mara yg dok kl..idak la bole ke rumah deme slalu..hehe
  4. Gi keje..jauh la sikit..
Apa-apa pun smoga aku dan encik suami dpt memiliki rumah itu..U alls sume tolong doakan yer..Smoga sgala proses berjalan dgn lancar...;)
Jumpa lagi for the next entry!!

Saturday, February 12, 2011

Teringat pada BLOG aku...

Assalamualaikum.
Dah nak hampir setahun rasanya aku dh tak memblog kan kisah aku dlm blog ni. Semuanya kerana aku sgt bz dgn hal hidupku..wah mcm la perdana menteri ya..ataupun mungkin sbb skang ade FB so jarang la nk tgk blog..tapi bila teringatkan blog aku ni..rasa sayang pulak kalo aku tak menggunakan nya dgn sebaik mungkin.

Maka dgn itu,aku kini kembali utk berkongsikan kisah suka duka ku pd sume yang sudi membaca.
Ok,bercerita ttg kisah hidupku..utk tahun 2011, ianya masih baru dan aku mengharapkan segalanya adalah ke arah ketenangan dan kebahagian. Walaupun masih berlaku perkara2 yg menyentap hati ku, tp aku pasrah & redha dgn ketentuan Tuhan dan memberi peluang kpd org yg telah menyentap aku itu..hahaha..series pulak bunyinya;P

Aku ingin berkongsi dgn blog yg pernah aku baca mengenai "Mengapa kita perlu memaafkan seseorang sedangkan kita tak berdaya melakukannya?"

Ini adalah kerana aku telah membaca ini:

1. Mungkin kita telah membuat kerosakan dimuka bumi ini dan Allah disebabkan Allah sayang kepada kita maka dibalasnya didunia ini agar kita kembali kepangkal jalan. Rujuk Surah Ar Rum 30:41

2. Jika kita seorang anak yang mithali, isteri yang mithali dan hambaNya yang soleh dan solehah, iaitu kita yakin kita tidak berbuat "kerosakan" dimuka bumi ini maka inilah yang dikatakan dugaan buat mereka yang beriman. Rujuk Surah Al Baqarah 2:214

3. Mungkin kita berdoa mahukan sesuatu dan Allah ingin memakbulkan apa yang kita mahukan itu, akan tetapi jalan yang terpaksa kita tempuh adalah dengan mengalami peristiwa yang tidak diingini tersebut.


Maka dgn itu, apabila aku mendalami 3 perkara ini, maka hati aku semakin lembut utk memaafkannya dan menadah tangan kepada Allah memberi kekuatan kepada aku untuk menghadapi segala dugaan di masa hadapan.

Mungkin aku pernah melakukan kesalahan atau dosa yang menyebabkan Allah memberikan dugaan kpd ku agar aku dpt kembali ke pangkal jalan. Atau mungkin doa-doaku yg tidak putus2 kpd Allah, akhirnya di makbulkan maka turunlah dugaan itu..

Ya,aku sangat memerlukan Allah kerana aku adalah manusia lemah yg sering melakukan kesilapan, aku manusia lemah yg punya hati dan perasaan, aku juga tidak pasti apa jua keputusan yg aku buat mendatangkan kebaikan atau keburukan. Hanya kepada Allah aku berserah utk mendapat kehidupan yg baik sementara aku masih di dunia.

Aku berharap tahun 2011 ini memberi perubahan yg amat ketara kpd kehidupan aku. Semoga aku dpt hidup bahagia disamping suami dan anak yg disayangi, dpt berbakti kpd kedua org tua dan berjaya di dlm kerjaya aku.




Thursday, June 17, 2010

WLA News - Wedding of Faizal & Faizah - Setiawan - 13/6/10





Wla Photographer ingin mengucapkan selamat pengantin baru kpd Faizal & Faizah. Terima kasih kpd pengantin dan juga familynya yg sporting di atas kerjasama mereka. Semoga bahagia ke anak cucu;)