Saturday, February 12, 2011

Teringat pada BLOG aku...

Assalamualaikum.
Dah nak hampir setahun rasanya aku dh tak memblog kan kisah aku dlm blog ni. Semuanya kerana aku sgt bz dgn hal hidupku..wah mcm la perdana menteri ya..ataupun mungkin sbb skang ade FB so jarang la nk tgk blog..tapi bila teringatkan blog aku ni..rasa sayang pulak kalo aku tak menggunakan nya dgn sebaik mungkin.

Maka dgn itu,aku kini kembali utk berkongsikan kisah suka duka ku pd sume yang sudi membaca.
Ok,bercerita ttg kisah hidupku..utk tahun 2011, ianya masih baru dan aku mengharapkan segalanya adalah ke arah ketenangan dan kebahagian. Walaupun masih berlaku perkara2 yg menyentap hati ku, tp aku pasrah & redha dgn ketentuan Tuhan dan memberi peluang kpd org yg telah menyentap aku itu..hahaha..series pulak bunyinya;P

Aku ingin berkongsi dgn blog yg pernah aku baca mengenai "Mengapa kita perlu memaafkan seseorang sedangkan kita tak berdaya melakukannya?"

Ini adalah kerana aku telah membaca ini:

1. Mungkin kita telah membuat kerosakan dimuka bumi ini dan Allah disebabkan Allah sayang kepada kita maka dibalasnya didunia ini agar kita kembali kepangkal jalan. Rujuk Surah Ar Rum 30:41

2. Jika kita seorang anak yang mithali, isteri yang mithali dan hambaNya yang soleh dan solehah, iaitu kita yakin kita tidak berbuat "kerosakan" dimuka bumi ini maka inilah yang dikatakan dugaan buat mereka yang beriman. Rujuk Surah Al Baqarah 2:214

3. Mungkin kita berdoa mahukan sesuatu dan Allah ingin memakbulkan apa yang kita mahukan itu, akan tetapi jalan yang terpaksa kita tempuh adalah dengan mengalami peristiwa yang tidak diingini tersebut.


Maka dgn itu, apabila aku mendalami 3 perkara ini, maka hati aku semakin lembut utk memaafkannya dan menadah tangan kepada Allah memberi kekuatan kepada aku untuk menghadapi segala dugaan di masa hadapan.

Mungkin aku pernah melakukan kesalahan atau dosa yang menyebabkan Allah memberikan dugaan kpd ku agar aku dpt kembali ke pangkal jalan. Atau mungkin doa-doaku yg tidak putus2 kpd Allah, akhirnya di makbulkan maka turunlah dugaan itu..

Ya,aku sangat memerlukan Allah kerana aku adalah manusia lemah yg sering melakukan kesilapan, aku manusia lemah yg punya hati dan perasaan, aku juga tidak pasti apa jua keputusan yg aku buat mendatangkan kebaikan atau keburukan. Hanya kepada Allah aku berserah utk mendapat kehidupan yg baik sementara aku masih di dunia.

Aku berharap tahun 2011 ini memberi perubahan yg amat ketara kpd kehidupan aku. Semoga aku dpt hidup bahagia disamping suami dan anak yg disayangi, dpt berbakti kpd kedua org tua dan berjaya di dlm kerjaya aku.