Monday, September 14, 2009

Berakhirnya Ramadan,Menjelangnya Syawal...









Hi geng,
Sgt lama aku tak memblogkan diri.Maybe i'm very busy with ramadan month & actually this month aku tempoh pelbagai dugaan yg mencabar kehidupan aku sbg hamba Allah.Terlalu besar kuasa Allah,pabila kita terlupa akan tanggungjawab kita sbg hambanya,Dia akan "mencubit" kita utk memberi peringatan pd kita.Tetapi,apabila kita alpa lagi,sebuah "tamparan" akan hinggap pd hidup kita sehingga kita tersedar bahawa kita telah lupa pada Maha Pencipta...
Apa jua dugaan yg melanda aku selama ini,aku tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam hidup ku,tidak kira la org itu penting atau tidak padaku.Aku bersyukur krn Allah memberikan aku fikiran yg baik, naluri hati murni & org sekeliling yg positif utk aku trus berdiri hidup tanpa mengharungi kekecewaan. Setiap dugaan yg berlaku,aku anggap ia adalah ujian Allah yg sentiasa mahu aku mencari kehidupan yg terbaik & tidak lupa kepada Dia sbg Maha Pencipta.
Semoga keberkatan bulan ramadan ini,akan menyinari kehidupan ku bersama suami dan balqish..sehingga ke akhir hayat aku di dunia ini..
Bulan puasa ni, sudah 3 kali berturut aku berpuasa bersama suami ku..setiap pagi,aku akan bangun pukul 4.30am..aku akan sediakan makanan sahur,selalunya suami aku ni kena gak mkn nasi.sometimes aku grg ayam,msk sardin,wat sandwich,wat cucur atau aku panaskan je gulai ms bebuka.Masa zaman bujang dulu,aku la org yg paling malas nk bgn sahur..haha..kalo bgn pon minum air je.Tapi bila da bekeluarga,automatic..aku rajin utk menyediakan makanan utk suami,apa yg menakjubkan aku..aku rasa happy sgt & tak rs letih mcm hari2 biasa.Maybe keberkatan bulan ramadan.Pada tahun ni,Balqish adalah member sahur yg baru,setiap kali bersahur,dia pon join skali..Yg tak tahan,ssh betul la dia nk tido balik pastu..
Tahun ni persediaan kami utk raya ala kadar je..Tak perlu nak membazir..asalkan ade baju raya,beli beberapa kerepek & kuih,itu da mencukupi...yang penting dpt balik raya:)
Di kesempatan ni..aku nak ucapkan selamat hari raya pada suami yg tercinta,mak abah & kaum kerabat yg tersayang di pengkalan & ampang, semua kawan-kawan tersayang.Minta ampun dan maaf utk segala kesalahan yg ada:)





Balik kampong hati-hati....Kalo da kt KL,wat open house,jln lupa ajak aku ekkk:p





No comments: